Rabu, 23 Februari 2011

Kenyataan akhbar / 文告/ Press Statement Arts-ED 11 Feb 2011 & 8 Feb 2011

Kenyataan Akhbar oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-ED)

11 Februari 2011

Risalah kami “Balik Pulau ku” (myBalikPulau) merupakan risalah berita untuk masyarakat yang diterbitkan dengan hanya satu tujuan: untuk melibatkan warga tua dan muda serta masyarakat tempatan untuk berkongsi ingatan, pengalaman dan kisah-kisah lalu dan legenda.

Arts-ED ingin menjelaskan bahawa risalah myBalikPulau TIDAK bertujuan untuk mengubah sejarah. Kami TIDAK PERNAH dan TIDAK BERNIAT untuk menjadikan risalah ini setaraf dengan buku sejarah.

Risalah ini hanya bertujuan untuk membentangkan sejarah lisan turun-temurun seperti yang diceritakan oleh penduduk tempatan di Balik Pulau. Risalah ini juga membentangkan sumber-sumber tulisan dalam terbitan buku yang dijumpai semasa kerja penyelidikan dijalankan. Informasi yang tidak dapat diperolehi pada masa tersebut jelasnya tidak dapat dibentangkan.

Sejarah lisan merupai pandangan dari individu-individu yang berminat serta sudi berkongsi cerita-cerita mereka. Dalam proses penerbitan risalah ini, langkah-langkah telah diambil untuk melibatkan ahli masyarakat dari pelbagai kaum. Ada di antara mereka yang amat berbesar-hati untuk berkongsi pengalaman, manakala ada pihak yang enggan berkongsi atau yang tanpa sebarang untuk dikongsi. Oleh itu, pengalaman dari kumpulan akhir tidak dapat dimasukkan dalam risalah ini.

Sejarah lisan merupakan refleksi ingatan, pengalaman serta cerita yang diturunkan dari generasi ke generasi. Ia merupakan artikulasi pandangan si pencerita tersebut. Arts-Ed berpegang kepada penglibatan sosial dan percaya setiap individu berhak untuk menceritakan sejarah serta pengalaman mereka dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Sumber sejarah Balik Pulau yang digunakan dalam risalah myBalikPulau:

1. Asal-Usul Penghuni
Semasa penerbitan risalah myBalikPulau, penolong penyelidik ARTS-ED hanya menjumpai sejarah lisan yang diterbitkan oleh Pentadbiran Pejabat Daerah dan Barat Daya dan Tanah, Daerah Barat Daya.

Dalam terbitan tersebut didapati sebuah artikal bertajuk “Sejarah Penghijrahan Penduduk-Penduduk Awal Balik Pulau” oleh Ruhana Ahmad. Daripada cerita-cerita lisan yang dikutip daripada penduduk di Balik Pulau, beliau membuat rumusan yang berikutan:

“Hampir keseluruhan penduduk-penduduk asal yang ditemui di sekitar Balik Pulau mengakui  bahawa asal-usul keturunan mereka ialah dari Pattani, Satul, Yala, Kedah dan Perlis”. (pp. 14)

2. Penghijrahan/Pelarian Beramai-ramai
Informasi tentang penghijrahan beramai-ramai pada zaman 1820-an dalam risalah myBalikPulau didapati daripada sejarah yang diterbitkan di buku-buku tersebut:

i)  Haji Buyong Adil. (1980). Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia (pp. 53-71)

ii) Andaya, B. W. and L.Y. Andaya (1982). A History of Malaysia. London: Macmillan Press. (pp. 116-118)

3. Informasi berkenaan dengan kejadian sejarah, biografi tokoh dan bangunan dikumpul khasnya dari penduduk tempatan Balik Pulau, dan dari penerbitan yang dikeluarkan oleh institusi tertentu. 

__________________________

Baru-baru ini dalam Februari 2011, selepas penerbitan dan pengelilingan risalah myBalikPulau, Arts-ED telah diberitahu tentang sumber sejarah lisan yang baru. Arts-ED sangat berdedikasi untuk mengumpul sejarah lisan dan mengalu-alukan informasi baru dan percayai bahawa ianya patut disebar kepada orang ramai dan ditambah kepada sumber koleksi sejarah lisan.

Penerbitan tersebut ialah Vaughan, J.D. “Notes on the Malays of Pinang and Province Wellesley”. Journal of the Indian Archipelago & Eastern Asia, new series, 2, 1858: 115-175. (http://books.google.com.my)

Artikel Vaughan diterjemah dalam satu laporan kajian USM 2006 bertajuk “Sejarah Awal Pulau Pinang”,  diperolehi online (http://eprints.usm.my/4843/1/Sejarah_Awal_Pulau_Pinang.pdf)

“Dengan dasar sedemikian, permintaan untuk membuka tanah terus diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Orang Melayu yang datang bersama-sama Francis Light dari Kedah diberikan tanah percuma di kawasan Datok Keramat, mungkin kerana pengaruh Datok Setia dari Kuala Muda yang memiliki tanah di kawasan tersebut sejak awal lagi. Kapten Scott diberikan kawasan di Gelugor dan membuka tanah untuk penanaman lada hitam di kawasan tersebut. Seorang saudagar Inggeris bernama Bacon membuka Ayer Itam. Beberapa orang Melayu juga disebut membuka beberapa kampong di bahagian barat daya. Pah Kechil dari Batu Bara (Indonesia) bersama-sama Jamaluddin dan nakhoda Che Salleh dari Lingga membuka Permatang Damar Laut, Nakhoda Seedin dari Deli dan Panglima Long dari Setul membuka Teluk Kumbar, dan Lebai Tampak dari Deli membuka Balik Pulau (pp.38-39)”

Artikel asal oleh Vaughan, J.D:  
Vaughan membuat sesuatu transkripsi sejarah lisan yang diceritakan oleh anak kepada penghuni Melayu awal yang bernama Haji Mahomed Salleh atau Haji Brunie. Di dalam transkripsi awal sejarah lisan tersebut hanya terdapat satu ayat sahaja yang merujuk kepada Balik Pulau, yang menyatakan bahawa DUA orang terlibat dalam pembukaan tanah di Balik Pulau:

“The Malays that came over with Light got free grants of land and they cleared the jungle where Datu Cramat now stands. Seven years after the English came, a person name Danbie Chand cleared the land about Batu Lanchang. Two years after a Captain Scott cleared the land at Glughore; he was assisted by a man named Mahomed Prie of Sungora. Nacodah Intan cleared Batu Uban. A year after an European named Raboo(?) assisted by a Malay named Hakim Tudoh cleared Sunghie Nibong. A Malay named Loh Munu cleared Sunghie Kluang. Haji Mahomad Salleh three years after this, or about twelve after coming to Pinang, settled at Bayan Lepas with a man named Long Syed…(cont.) Nacodah Seedin, a native of Delhi, and Panglima Long of Sittool first settled at Tellok Commber. Tukong Ko of Purlis and Lebbi Tampak of Delhie, cleared Bali Pulo. (pp.174 -175)”

juga dipapar di  MERDEKA REVIEW


SURAT KEPADA PENGARANG

8 Februari 2011

Risalah kami “Balik Pulau Ku” (My Balik Pulau) telah menerima beberapa komen di akhbar akhir-akhir ini. Kami ingin menjelaskan bahawa risalah ini adalah himpunan kisah-kisah lisan dan temuramah hasil sumbangan daripada mereka yang dewasa, yang lebih berusia, dan murid-murid sekolah yang tinggal di sana. Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-Ed) juga melibatkan penyertaaan murid-murid ini dalam menghasilkan pameran-pameran serta peta-peta jejak warisan di Balik Pulau, yang telah menerima sambutan baik oleh orang ramai.


Risalah berita untuk masyarakat diterbitkan dengan satu tujuan: membolehkan kanak-kanak, orang dewasa serta sejarahwan tempatan berinteraksi, berkongsi ingatan, pengalaman dan kisah-kisah lalu dan legenda. Cerita-cerita ini terkumpul selepas beberapa tahun dan setiap kisahnya bersifat tulen pada pengalaman dan persepsi si pencerita; di samping itu, ia juga digabungi dengan maklumat tambahan yang dikumpul semak daripada sumber-sumber yang diterbitkan oleh pembantu-pembantu penyelidik Persatuan Pendidikan Seni pada masa itu.

Hasrat utama kami adalah menampilkan usaha-usaha kolektif kanak-kanak dan masyarakat setempat, tanpa sebarang tujuan menjadikan risalah ini sebagai autoritatif mengenai sejarah Balik Pulau. Sejarah menjadi salah satu tema dalam risalah ini; tema-tema lain ialah senibina, makanan dan tokoh-tokoh.

Bagaimanapun, kami menyedari bahawa format persembahan dan alih bahasa risalah telah mengakibatkan interpretasi yang berbeza, maka kami kesali sekira ianya mungkin menyentuhi sensitiviti-sensitiviti tertentu.

Kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada masyarakat Balik Pulau, pihak penaja-penaja serta penyokong-penyokong kami atas kemurahan hati dan bantuan bernilai mereka dan ingin menyakinkan mereka bahawa hala tuju kami tetap bersifat awapolitik (apolitical) dan sentiasa berhasrat membantu masyarakat melahirkan hasratnya seperti menjanakan perbincangan mengenai aset-aset atau milikan budayanya.

Menyedari tentang had-had yang terdapat pada risalah My Balik Pulau, maka pihak kami, terlebih maklum, mengalu-alukan maklum balas, sumbangan positif dan sivil demi memperkayakan arkib milikan masyarakat.


Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (ARTS-ED)